Saturday 10 July 2010

Dia berada di mana-mana..

Assalamualaikum w.b.t
Jangan sangka dunia yang besar, luas dan ramai makhluk, tiada penciptanya. Tiada yang memerhatikannya, kerana itu ialah salah. Setiap orang diawasi dengan dua malaikat, kedua-dua malaikat ini mencatat gelagat kita sama ada yang baik mahupun sebaliknya.

Jadi di sini, saya melihat ramai orang yang ber-'kaple' sedangkan kalau nak dilihat, ialah perkara kebudak-budakan, tak matang. Ada juga yang merokok, sedangkan mereka mengetahui merokok membahayakan kesihatan penghisap dan penghidu asap rokok, ia memberi kesan negatif kepada diri dan orang sekelilingnya yang kian munculnya sakit kanser, kelahiran bayi tak matang dan sebagainya.

Selain daripada berkaple dan merokok, ada juga yang mengejek, memanggil nama bapa, memanggil gelaran yang hina, memanggil dengan gelaran yang tidak disukai, mengejek nama bapa orang lain, mencarut, menipu,mengumpat, menfitnah, mencela, mencaci dan sebagainya. Apakah faedah mencarut lain daripada mengekspreskan kita sedang marah akan sesuatu benda, namun, tiada gunanya mencarut.
Menipu juga masih ramai yang mengamalkan, menipu merupakan salah satu dosa yang amat besar, namun, mengapa ramai yang masih mengamalkannya?
Mengumpat, ini yang selalunya berlaku antara kita yang sendiri tidak tahu sendiri sedang mengumpat. Mengumpat ialah memperkatakan keburukan tentang orang lain.

"Celakalah orang yang mengumpat dan mencela" ayat 1, Surah Al-Humazah.

Ada hadith mengatakan bahawa, mengumpat ialah seperti memakan daging kawan sendiri. Pernah saya dengar dari naqib usrah saya berkata, "Kisah ini berlaku dalam perjalanan isra' mikraj, seorang itu sedang memakan daging mentah walaupun terbentang daging masak di sebelahnya."

Dosa menfitnah adalah sangat dahsyat dan besar. Ia dinyatakan di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah yang berbunyi:"Menfitnah itu lebih dahsyat dari membunuh"

Jadi, janganlah melakukan maksiat dan sebagainya. Amat dahsyat seksaannya, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka buat semua insan(termasuk saya). Apa yang baik itu datangnya dari Allah, dan apa yang buruk dan teruk itu.. harap dimaafkan.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. nice article to read
    azwan.. tulis la lagi..

    ReplyDelete
  2. best2..semoga apa yg di tules dan di baca memberi input dldm hati kite sume..

    smpi skrg cikgu x puas hati nape org ske merokok..erm..hehe

    ReplyDelete