Saturday 26 February 2011

Tamrin

Assalamualaikum w.b.t.

Salam hormat dari ana, pada post kali ni, ana nak kongsikan dekat antum&antunna tentang Tamrin T3 yang baru selesai dilaksanakan hari ni, Ahad 11.35 pagi.

Games :D

Pada masa tu, kami diberi taklimat dan disuruh naik ke Dewan Seminar selepas solat Asr. Dalam taklimat tu kami diberitahukan akan undang-undang nya. Selepas selesainya taklimat, kami diarahkan untuk ke Tanah Merah untuk beriadah seketika.
Okay, riadah petang tu sangat menyeronokkan :D. Ada 2 aktiviti yang kami lakukan,


i. Ada satu game ni, kami buat bulatan, lepas tu kami kene pass 'ciuman' kat orang sebelah, barangkali tiada perempuan. Sangat menyeronokkan sebab orang ada dua pilihan, sama ada dia nak skip orang sebelah die atau pass dekat orang sebelah dia.

ii. Masak goreng pisang
Permainan dia macam ni, semua usrah buat bulatan, lepas tu fasi-fasi akan tunjuk kumpulan supaya sambung rangkap ayat yang terakhir dikatakan.
Contoh: Group A: goreng pisang, pisang ape sekarang ?
Group B: pisang emas, emas ape sekarang ?

iii. Bina Menara Manusia
Permainan ini berdasarkan ukhuwah, semangat berkawan, keikhlasan dan ketulusan berkawan, semua ahli usrah kene mainkan peranan, kami lakukan 3>3>1 :D.

iv. Mafia, Police, Doctor and villagers.
Okay, game ni ana suka, sangat suka, dalam game ni, dilantik mafia, police dan doctor.

Tugas Mafia : Bunuh rakyat, jangan beritahu orang lain yang dia adalah mafia dan cube bertungkus lumus untuk menyembunyikan identiti masing-masing.
Tugas Polis : Teka siapa mafia, tak boleh beritahu penduduk yang dia adalah polis. Dan cuba untuk elakkan penduduk terjebat dengan gejala aktiviti mafia.
Tugas Doctor : Doctor kena teka siapa yang diserang oleh mafia, jika doctor gagal teka mangsa yang betul, mangsa akan mati dan terkeluar dari permainan. Pon tak boleh bagitau yang dia adalah doctor.

Tugas Penduduk : Memilih dan menghukum gantung kepada suspek. Selain mafia, tugasnya adalah untuk mencari, merawat, menghukum mafia. Kata-kata sepakat dari penduduk dan perbincangan yang mantap diperlukan untuk menghukum dan mendakwa. :)

Okay, game ni sangat menarik, sangat mencabar akan fitnah-fitnah, tipu helah, banyak lagi. Jadi antum&antunna perlu ade Keteguhan Diri, kata sepakat,
v. War Game
Wah(!) Ini yang paling menarik. Semua kumpulan usrah kene pertahankan 'flag' di tempat yang
telah ditetapkan oleh Fasi. Jadi kami 7 orang ahli usrah, kami bahagikan 3 penyerang dan 4 penahan 'flag'. Ana
jadi penyerang. Setiap orang akan mendapati 2 biji belon. Belon ni diisi dengan air, sesiapa yang kene belon air
ni dan akan kalah, basah kan ? Ibarat bom la.
Jadi macam Call of Duty pulak :D. Fasi pon turut main, Fasi tak boleh mati, tapi ada banyak belon.
Fasi pon ada bendera, siapa yang dapat 2 bendera fasi, akan menang terus :D.
Haish, ramai merungut tapi semua rase terhibur (!)

Alhamdulillah, Allah beri nikmat untuk bergembira
bersama teman-teman aku dan merapatkan lagi Ukhuwah kami.



hehe, tu baru games section ^_^


Khutbah(Ucapan/Tazkirah)
Okay, section ni pon agak banyak. Jadi ana malas sikit nak tulis but ana tulis pengajaran
dan sekutu tu.


1. Ukhuwah ni penting ,
2. Hormatlah ibu bapa mu , taat pada mereka (!)
3. Semangat berjihad perlu ditanam dalam setiap muslim supaya Islam dapat bangkit ,
4. Berjuang kerana Allah (!)
5. Luahan hati dari seseorang teman kepada sahabatnya , kawan ana disayangi 14 orang, ana pulak dapat 1
Tapi tak bermakna kita ni tak disayangi sebab masa terhad, kertas pon terhad. Tapi time buat bende ni
time nak berterus terang dengan orang tu hati berdebar sangat(!).
6. Untuk menjayakan banyak benda, ukhuwah penting, ukhuwah, ta'awun mainkan peranan yang amat dahsyat (!)
7. Ana pon belajar untuk menyelami masalah kawan ana dengan lebih mendalam, tapi ia sangat perit untuk ana, walaupun dengar.
8. Kasih Sayang

banyak lagi, ana pon dah agak lupa ke dah tersemai dalam diri ni cuma ana tak ingat. ^^


TAMRIN YANG PALING SERONOK DAN SANGAT BERMAKNA
ANA PERNAH ALAMI (!) Ya Allah (!) Satukanlah hati kami.


Sekian, assalamualaikum

Saturday 19 February 2011

Sodiqi yala nanjahu fi najah bitta'awun !

Assalamualaikum,

Sudah lama selepas post terakhir, kini ana ingin menekankan tentang Kawan dan cara pemilihan. Baik, banyak kawan dan mustahillah tiada orang tidak mempunyai teman. Masing-masing ade teman tak kira sama ada baik mahupun nakal atau jahat. Pencuri pun berkerjasama untuk menjayakan suatu rompakan.

Anda boleh rujuk link dibawah :)


Ni antara-antara perkara yang ana boleh fikirkan, jadi ana rasa ana dah menerangkan apa yang patut.

Assalamualaikum.