Sunday, 21 April 2013

Pendapat. ~

Assalamualaikum w.b.t
Moga kita sentiasa berada di bawah ramat Allah.
Bismillah

Alhamdulillah, sudah sekian lama tidak menyentuh laman sesawang ni. Saya berharap entri yang akan datang insyaAllah lebih memberi manfaat dan kesedaran kepada para pembaca dan bukan hanya takat hiburan semata-mata.

Sebenarnya saya sangat merindui perjuangan dan ingin berjuang. Bagi pedapat saya, persahabatan yang sangat manis, ukhuwwah yang dikatan sungguh manis itu adalah hasil penat lelah kita dalam berjuang. Apabila kita berjuang bersama rakan-rakan seperjuangan kita, kita akan ditimpa kesusahan dan kesenangan. Seringkali apabila kita menghadapi cabaran dan ujian, kita ditimpa musibah, kita mempunyai Allah sebagai sumber kekuatan kita. Lakukanlah dakwah dan amar makruf nahi mungkar walaupun kita berseorangan.

Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang khas; isteri atau pasangan. InsyaAllah beberapa langkah harus diambil bagi memastikan seseorang itu matang dari segi pemikiran dan mampu menanggung tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Hubungan yang halal malah diberkati Allah. Tetapi pernikahan ini bukanlah suatu idaman yang sering dicita-citakan masyarakat. Pernikahan adalah suatu wasilah untuk melengkapkan diri kita untuk menuju Jannah; memperolehi redha rabb; Ya Allah.

Pernah ketika saya menemui seorang ibu kepada seorang gadis. Dia berkata kepadaku, "Azwan, pengalaman mak cik berdoa agar dikurniakan suami yang soleh sejak sekolah menengah lagi. Alhamdulillah Allah makbulkan doa mak cik. Mungkin pada pandangan Azwan, anak mak cik adalah yang terbaik untuk Azwan tetapi pada hakikatnya Allah sahaja yang lebih mengetahui anak mak cik bagus untuk Azwan atau tidak. Maka berdoalah dari sekarang dan rintih dan mengadulah kepada Allah."

Nak kata, betapa pentingnya doa itu sebagai kekuatan kita yang utama. Wallahualam, saya cuma ingin berkongsi pengalaman dan pandangan saya. Wala taqrabul zina. Sungguh terkenal ayat ini dikalangan masyarakat. Namun adakah kita betul-betul menghayati ayat ini? Wallahualam. Mohon maaf jika ada terguris perasaan. Terima kasih kerana sudi mendengar pandangan saya. InsyaAllah ada manfaatnya. hahaha. Assalamualaikum w.b.t :)

Tuesday, 15 March 2011

Muhasabah

Assalamualaikum,


Dunia yang kita duduki selama ni sangat berbahaya, merata-rata ade maksiat. Jadi, sama-samalah kita renung dan muhasabah ape yang kekurangan dalam diri kita. Dan juga Muraqabah, yaitu menjaga diri dalam dunia yang penuh pancaroba ni. Jadilah orang yang terselamat dari pergaduhan, fitnah tak tentu hala, dll. Makin hari makin meluat tengok, agaknya, mengapa jadi macam ni ?



1. Tarbiyyah Dzatiyah mane ?

2. Muhasabah tiap malam ape jadi ?

3. Ceteknya ilmu agama sehingga tidak dapat disedari dan dari situ kita tak faham pengertian islam.

4. Islam Liberal telah merosakkan umat-umat Islam masa kini.

5. Ketahuilah, Islam Liberal adalah mereka yang Islam tetapi menjalankan hidup seperti orang Yahudi. Ini juga merupakan misi utama Yahudi dan antum rasa ape ? mereka hampir berjaya merosakkan ramai orang Islam.

6. Apabila keegoaan diri, nafsu mengawal dan apabila iman seseorang lemah



Ana syorkan,

1. Jaga pergaulan

2. Sedarkan diri

3. Mohonlah hidayah daripada Allah dan berkatnya.

4. Muhasabah setiap hari jika mampu

5. Baca buku motivasi seperti : "Keluarkan singa dalam dada mu", "Zero to Hero", "Macamane nak jadi 'survivor' dalam dunia ini".

6. InsyaAllah, doa + usaha + redha + tawakkal + kepercayaan kepada Allah yang tidak putus-putus = InsyaAllah Berjaya.

Sekian, ana harap dapat memberi pengajaran dan keinsafan.

Saturday, 26 February 2011

Tamrin

Assalamualaikum w.b.t.

Salam hormat dari ana, pada post kali ni, ana nak kongsikan dekat antum&antunna tentang Tamrin T3 yang baru selesai dilaksanakan hari ni, Ahad 11.35 pagi.

Games :D

Pada masa tu, kami diberi taklimat dan disuruh naik ke Dewan Seminar selepas solat Asr. Dalam taklimat tu kami diberitahukan akan undang-undang nya. Selepas selesainya taklimat, kami diarahkan untuk ke Tanah Merah untuk beriadah seketika.
Okay, riadah petang tu sangat menyeronokkan :D. Ada 2 aktiviti yang kami lakukan,


i. Ada satu game ni, kami buat bulatan, lepas tu kami kene pass 'ciuman' kat orang sebelah, barangkali tiada perempuan. Sangat menyeronokkan sebab orang ada dua pilihan, sama ada dia nak skip orang sebelah die atau pass dekat orang sebelah dia.

ii. Masak goreng pisang
Permainan dia macam ni, semua usrah buat bulatan, lepas tu fasi-fasi akan tunjuk kumpulan supaya sambung rangkap ayat yang terakhir dikatakan.
Contoh: Group A: goreng pisang, pisang ape sekarang ?
Group B: pisang emas, emas ape sekarang ?

iii. Bina Menara Manusia
Permainan ini berdasarkan ukhuwah, semangat berkawan, keikhlasan dan ketulusan berkawan, semua ahli usrah kene mainkan peranan, kami lakukan 3>3>1 :D.

iv. Mafia, Police, Doctor and villagers.
Okay, game ni ana suka, sangat suka, dalam game ni, dilantik mafia, police dan doctor.

Tugas Mafia : Bunuh rakyat, jangan beritahu orang lain yang dia adalah mafia dan cube bertungkus lumus untuk menyembunyikan identiti masing-masing.
Tugas Polis : Teka siapa mafia, tak boleh beritahu penduduk yang dia adalah polis. Dan cuba untuk elakkan penduduk terjebat dengan gejala aktiviti mafia.
Tugas Doctor : Doctor kena teka siapa yang diserang oleh mafia, jika doctor gagal teka mangsa yang betul, mangsa akan mati dan terkeluar dari permainan. Pon tak boleh bagitau yang dia adalah doctor.

Tugas Penduduk : Memilih dan menghukum gantung kepada suspek. Selain mafia, tugasnya adalah untuk mencari, merawat, menghukum mafia. Kata-kata sepakat dari penduduk dan perbincangan yang mantap diperlukan untuk menghukum dan mendakwa. :)

Okay, game ni sangat menarik, sangat mencabar akan fitnah-fitnah, tipu helah, banyak lagi. Jadi antum&antunna perlu ade Keteguhan Diri, kata sepakat,
v. War Game
Wah(!) Ini yang paling menarik. Semua kumpulan usrah kene pertahankan 'flag' di tempat yang
telah ditetapkan oleh Fasi. Jadi kami 7 orang ahli usrah, kami bahagikan 3 penyerang dan 4 penahan 'flag'. Ana
jadi penyerang. Setiap orang akan mendapati 2 biji belon. Belon ni diisi dengan air, sesiapa yang kene belon air
ni dan akan kalah, basah kan ? Ibarat bom la.
Jadi macam Call of Duty pulak :D. Fasi pon turut main, Fasi tak boleh mati, tapi ada banyak belon.
Fasi pon ada bendera, siapa yang dapat 2 bendera fasi, akan menang terus :D.
Haish, ramai merungut tapi semua rase terhibur (!)

Alhamdulillah, Allah beri nikmat untuk bergembira
bersama teman-teman aku dan merapatkan lagi Ukhuwah kami.



hehe, tu baru games section ^_^


Khutbah(Ucapan/Tazkirah)
Okay, section ni pon agak banyak. Jadi ana malas sikit nak tulis but ana tulis pengajaran
dan sekutu tu.


1. Ukhuwah ni penting ,
2. Hormatlah ibu bapa mu , taat pada mereka (!)
3. Semangat berjihad perlu ditanam dalam setiap muslim supaya Islam dapat bangkit ,
4. Berjuang kerana Allah (!)
5. Luahan hati dari seseorang teman kepada sahabatnya , kawan ana disayangi 14 orang, ana pulak dapat 1
Tapi tak bermakna kita ni tak disayangi sebab masa terhad, kertas pon terhad. Tapi time buat bende ni
time nak berterus terang dengan orang tu hati berdebar sangat(!).
6. Untuk menjayakan banyak benda, ukhuwah penting, ukhuwah, ta'awun mainkan peranan yang amat dahsyat (!)
7. Ana pon belajar untuk menyelami masalah kawan ana dengan lebih mendalam, tapi ia sangat perit untuk ana, walaupun dengar.
8. Kasih Sayang

banyak lagi, ana pon dah agak lupa ke dah tersemai dalam diri ni cuma ana tak ingat. ^^


TAMRIN YANG PALING SERONOK DAN SANGAT BERMAKNA
ANA PERNAH ALAMI (!) Ya Allah (!) Satukanlah hati kami.


Sekian, assalamualaikum

Saturday, 19 February 2011

Sodiqi yala nanjahu fi najah bitta'awun !

Assalamualaikum,

Sudah lama selepas post terakhir, kini ana ingin menekankan tentang Kawan dan cara pemilihan. Baik, banyak kawan dan mustahillah tiada orang tidak mempunyai teman. Masing-masing ade teman tak kira sama ada baik mahupun nakal atau jahat. Pencuri pun berkerjasama untuk menjayakan suatu rompakan.

Anda boleh rujuk link dibawah :)


Ni antara-antara perkara yang ana boleh fikirkan, jadi ana rasa ana dah menerangkan apa yang patut.

Assalamualaikum.

Saturday, 10 July 2010

Dia berada di mana-mana..

Assalamualaikum w.b.t
Jangan sangka dunia yang besar, luas dan ramai makhluk, tiada penciptanya. Tiada yang memerhatikannya, kerana itu ialah salah. Setiap orang diawasi dengan dua malaikat, kedua-dua malaikat ini mencatat gelagat kita sama ada yang baik mahupun sebaliknya.

Jadi di sini, saya melihat ramai orang yang ber-'kaple' sedangkan kalau nak dilihat, ialah perkara kebudak-budakan, tak matang. Ada juga yang merokok, sedangkan mereka mengetahui merokok membahayakan kesihatan penghisap dan penghidu asap rokok, ia memberi kesan negatif kepada diri dan orang sekelilingnya yang kian munculnya sakit kanser, kelahiran bayi tak matang dan sebagainya.

Selain daripada berkaple dan merokok, ada juga yang mengejek, memanggil nama bapa, memanggil gelaran yang hina, memanggil dengan gelaran yang tidak disukai, mengejek nama bapa orang lain, mencarut, menipu,mengumpat, menfitnah, mencela, mencaci dan sebagainya. Apakah faedah mencarut lain daripada mengekspreskan kita sedang marah akan sesuatu benda, namun, tiada gunanya mencarut.
Menipu juga masih ramai yang mengamalkan, menipu merupakan salah satu dosa yang amat besar, namun, mengapa ramai yang masih mengamalkannya?
Mengumpat, ini yang selalunya berlaku antara kita yang sendiri tidak tahu sendiri sedang mengumpat. Mengumpat ialah memperkatakan keburukan tentang orang lain.

"Celakalah orang yang mengumpat dan mencela" ayat 1, Surah Al-Humazah.

Ada hadith mengatakan bahawa, mengumpat ialah seperti memakan daging kawan sendiri. Pernah saya dengar dari naqib usrah saya berkata, "Kisah ini berlaku dalam perjalanan isra' mikraj, seorang itu sedang memakan daging mentah walaupun terbentang daging masak di sebelahnya."

Dosa menfitnah adalah sangat dahsyat dan besar. Ia dinyatakan di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah yang berbunyi:"Menfitnah itu lebih dahsyat dari membunuh"

Jadi, janganlah melakukan maksiat dan sebagainya. Amat dahsyat seksaannya, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka buat semua insan(termasuk saya). Apa yang baik itu datangnya dari Allah, dan apa yang buruk dan teruk itu.. harap dimaafkan.

Assalamualaikum.

Thursday, 18 March 2010

It's been long.

It's been long since I last logged in.
Well, I think I better make my blog in English currently.
There are reasons for it, it's not on purpose.
Some of them are:
1. To improve my english
2. To improve my typing skill ( >:) watch out Afandi )

Maybe that's all. *lol*

I don't know who I am, What is my special if really the sentence "all humans have their own speciality(if the word is wrong, then, think it as > special + ability)" is true, then, why is my speciality?

I really eager to know cause I watch lot of my friends showing their speciality to others since I don't even know what is my speciality. Or am I? Is it just that I don't realize that I use my speciality everyday? Well, whatever that is, I wish to know my real speciality. :|