Assalamualaikum w.b.t
Moga kita sentiasa berada di bawah ramat Allah.
Bismillah
Alhamdulillah, sudah sekian lama tidak menyentuh laman sesawang ni. Saya berharap entri yang akan datang insyaAllah lebih memberi manfaat dan kesedaran kepada para pembaca dan bukan hanya takat hiburan semata-mata.
Sebenarnya saya sangat merindui perjuangan dan ingin berjuang. Bagi pedapat saya, persahabatan yang sangat manis, ukhuwwah yang dikatan sungguh manis itu adalah hasil penat lelah kita dalam berjuang. Apabila kita berjuang bersama rakan-rakan seperjuangan kita, kita akan ditimpa kesusahan dan kesenangan. Seringkali apabila kita menghadapi cabaran dan ujian, kita ditimpa musibah, kita mempunyai Allah sebagai sumber kekuatan kita. Lakukanlah dakwah dan amar makruf nahi mungkar walaupun kita berseorangan.
Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang khas; isteri atau pasangan. InsyaAllah beberapa langkah harus diambil bagi memastikan seseorang itu matang dari segi pemikiran dan mampu menanggung tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Hubungan yang halal malah diberkati Allah. Tetapi pernikahan ini bukanlah suatu idaman yang sering dicita-citakan masyarakat. Pernikahan adalah suatu wasilah untuk melengkapkan diri kita untuk menuju Jannah; memperolehi redha rabb; Ya Allah.
Pernah ketika saya menemui seorang ibu kepada seorang gadis. Dia berkata kepadaku, "Azwan, pengalaman mak cik berdoa agar dikurniakan suami yang soleh sejak sekolah menengah lagi. Alhamdulillah Allah makbulkan doa mak cik. Mungkin pada pandangan Azwan, anak mak cik adalah yang terbaik untuk Azwan tetapi pada hakikatnya Allah sahaja yang lebih mengetahui anak mak cik bagus untuk Azwan atau tidak. Maka berdoalah dari sekarang dan rintih dan mengadulah kepada Allah."
Nak kata, betapa pentingnya doa itu sebagai kekuatan kita yang utama. Wallahualam, saya cuma ingin berkongsi pengalaman dan pandangan saya. Wala taqrabul zina. Sungguh terkenal ayat ini dikalangan masyarakat. Namun adakah kita betul-betul menghayati ayat ini? Wallahualam. Mohon maaf jika ada terguris perasaan. Terima kasih kerana sudi mendengar pandangan saya. InsyaAllah ada manfaatnya. hahaha. Assalamualaikum w.b.t :)